5S di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah dilancarkan pada 6 Mei 2008 bagi menjadikan KUIS sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang mempunyai sistem pengurusan kualiti yang kukuh selain mendapat persijilan kualiti MS ISO 9001:2000 yang telah dimiliki pada tahun 2003.


Sunday, December 6, 2009

Auditor Dalaman KUIS

•Sejak pelancaran 5S di KUIS, Audit Dalaman 5S yang merupakan salah satu biro yang ada di dalam Jawatankuasa Pemandu 5S berperanan memastikan perjalanan 5S mengikut kriteria yang telah ditentukan oleh Juruaudit Dalaman dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu 5S KUIS. Ini bagi memastikan segala kehendak dan keperluan yang ditentukan berjalan dengan lancar serta dipatuhi oleh semua zon yang telah diwartakan sebagai kawasan audit 5S.

•Lawatan audit dalaman 5S dijalankan setiap 15hb dan 30hb. Setiap bulan bagi memastikan semua zon yang terlibat telah memenuhi keperluan kriteria audit yang telah ditetapkan sebelum KUIS mendapat persijilan.

•Kekerapan audit dalaman 5S yang dibuat dua (2) kali sebulan ini memerlukan komitmen yang tinggi dari Juruaudit Dalaman itu sendiri bagi memastikan tugas yang diberikan ini berjalan dengan baik mengikut masa yang telah ditetapkan.

•Sehingga 30hb. Julai 2008, lawatan audit 5S telah pun dijalankan sebanyak empat (4) kali bermula pada 30 Mei 2008 sebagai lawatan yang pertama. Sepanjang lawatan audit yang dijalankan, komitmen setiap zon yang diwartakan sebagai zon aktif (boleh diaudit) telah menunjukkan perubahan dan kesungguhan di kalangan kakitangan zon terbabit di mana mereka mewujudkan jawatankuasa khas untuk pelaksanaan 5S di jabatan/fakulti masing-masing selain keceriaan di dalam jabatan/fakulti telah pun diwujudkan bagi memastikan suasana selesa untuk bekerja.Walau bagaimanapun, ada segelintir kakitangan yang masih tidak menunjukkan minat dan semangat untuk ke arah 5S ini. Sebagai Juruaudit Dalaman 5S, kami sentiasa membantu menasihati zon yang terlibat agar melakukan 5S demi kesenangan dan keselesaan kakitangan di dalam jabatan/fakulti masing-masing.

No comments:

Post a Comment