5S di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah dilancarkan pada 6 Mei 2008 bagi menjadikan KUIS sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang mempunyai sistem pengurusan kualiti yang kukuh selain mendapat persijilan kualiti MS ISO 9001:2000 yang telah dimiliki pada tahun 2003.


Friday, December 11, 2009

Salam Maal Hijrah 1431


Audit 5S akan bermula pada 16 Dis - 22 Dis 09


Lawatan audit 5S akan bermula pada 16 sehingga 22 Disember 2009. Kepada semua auditor dan auditi harap dapat bersiap sedia. Lawatan pada kali ini hanya melibatkan ruang pejabat dan sudut 5s sahaja....

Selamat Bersedia dan Selamat Beraudit dan diAudit.....

Thursday, December 10, 2009














































Carta Biro Audit 5s sambungan


Carta Biro Audit 5s sambungan


Carta Biro Audit 5s


KUIS SASAR PERSIJILAN 5S JULAI 2010


Pelbagai usaha sedang dijalankan oleh setiap jawatankuasa 5S KUIS bagi merealisasikan aspirasi mencapai persijilan 5S menjelang bulan Julai 2010. Pada dasarnya 5s telah dilaksanakan lebih 2 tahun di KUIS tapi tiada tanda-tanda untuk mendapatkan persijilan itu memandangkan terdapat beberapa kekangan dan halangan sama ada daripada ajk pelaksana mahupun di peringkat jabatan.

Bagi mencapai matlamat persijilan maka pelbagai usaha sedang dijalankan sebagai satu cara untuk KUIS tersohor sebagai institusi yang mementingkan persekitaran kerja yang sistematik dan bersih.

Menurut koordinatornya, Cik Noorlia Hj Ramli "kita sedang berusaha untuk menghidupkan semula semangat 5S ini agar semua pihak yang terlibat memberikan komitmen yang padu. Jangan harapkan orang tertentu sahaja untuk melaksanakan 5s....bukankah yang berat sama dipikul, dan yang ringan sama dijinjing....bersama-samalah kita menjayakan 5S di KUIS ini".

Semoga usaha murni yang dilakukan oleh semua jawatankuasa pelaksana 5S ini akan berjaya mencapai matlamatnya...

Tuesday, December 8, 2009

MBKT terima sijil 5s MPC


Kuala Terengganu - 10 November 2009, semua kakitangan MBKT berasa bangga dan seronok apabila Sijil 5S yang dinantikan akhirnya sampai juga. Majlis diceriakan lagi dengan kehadiran Y.A.B. Dato' Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu menerima sijil dari En. Mohd Razali Hussain, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia. Sijil ini kemudiannya diserahkan kepada Dato' Haji Mat Razali Kassim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Selain daripada Sijil 5S MPC, MBKT turut menerima sijil ISO 9001:2008 dari pihak SIRIM QAS.
Y.A.B. Menteri Besar Terengganu dalam ucapannya berharap semua kakitangan MBKT dapat menjadikan kejayaan hari ini sebagai satu platform untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Kuala Terengganu. Ini adalah satu titik permulaan untuk menjadi sebuah Bandaraya Warisan Pesisir Air yang maju dan Lestari menjelang tahun 2018.

Sunday, December 6, 2009

Auditor Dalaman KUIS

•Sejak pelancaran 5S di KUIS, Audit Dalaman 5S yang merupakan salah satu biro yang ada di dalam Jawatankuasa Pemandu 5S berperanan memastikan perjalanan 5S mengikut kriteria yang telah ditentukan oleh Juruaudit Dalaman dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu 5S KUIS. Ini bagi memastikan segala kehendak dan keperluan yang ditentukan berjalan dengan lancar serta dipatuhi oleh semua zon yang telah diwartakan sebagai kawasan audit 5S.

•Lawatan audit dalaman 5S dijalankan setiap 15hb dan 30hb. Setiap bulan bagi memastikan semua zon yang terlibat telah memenuhi keperluan kriteria audit yang telah ditetapkan sebelum KUIS mendapat persijilan.

•Kekerapan audit dalaman 5S yang dibuat dua (2) kali sebulan ini memerlukan komitmen yang tinggi dari Juruaudit Dalaman itu sendiri bagi memastikan tugas yang diberikan ini berjalan dengan baik mengikut masa yang telah ditetapkan.

•Sehingga 30hb. Julai 2008, lawatan audit 5S telah pun dijalankan sebanyak empat (4) kali bermula pada 30 Mei 2008 sebagai lawatan yang pertama. Sepanjang lawatan audit yang dijalankan, komitmen setiap zon yang diwartakan sebagai zon aktif (boleh diaudit) telah menunjukkan perubahan dan kesungguhan di kalangan kakitangan zon terbabit di mana mereka mewujudkan jawatankuasa khas untuk pelaksanaan 5S di jabatan/fakulti masing-masing selain keceriaan di dalam jabatan/fakulti telah pun diwujudkan bagi memastikan suasana selesa untuk bekerja.Walau bagaimanapun, ada segelintir kakitangan yang masih tidak menunjukkan minat dan semangat untuk ke arah 5S ini. Sebagai Juruaudit Dalaman 5S, kami sentiasa membantu menasihati zon yang terlibat agar melakukan 5S demi kesenangan dan keselesaan kakitangan di dalam jabatan/fakulti masing-masing.

Matlamat 5s KUIS


KUIS SEBAGAI IPT ISLAM PERTAMA MEMPEROLEHI PERSIJILAN 5S
SETERUSNYA MENJADI
MODEL INSTITUSI YANG BERKUALITI, BERPRODUKTIVITI ,
KONDUSIF & SELAMAT.

Polisi 5s KUIS


Kami Warga KUIS Bertekad Untuk Sentiasa Mengamalkan
Prinsip-Prinsip 5S Secara Berterusan Melalui Setiap
Individu dan Kerjasama Berpasukan Untuk Menghasilkan:

1. Kualiti Kerja Menepati Standard & Berkekalan.

2. Produktiviti Tinggi & Berterusan.

3. Suasana Kerja Yang Kondusif & Selamat.

4. Servis Penyampaian & Perkhidmatan Yang Efisyen.

5. Nilai Moral Yang Menjadi Contoh & Tauladan

6. Pengurusan Kos Yang Efektif.

Objektif 5s KUIS


1. MENCAPAI KEPUASAN PELANGGAN MENERUSI PENINGKATAN PRODUKTIVITI & KUALITI KERJA MENGIKUT STANDARD.

2. MEMBUDAYAKAN AMALAN 5S DAN AKTIVITI-AKTIVITI KAIZEN, KERJA BERPASUKAN, IDEA KREATIF, KOMUNIKASI TERBUKA DI TEMPAT KERJA

3. MEMPERTINGKATKAN DISIPLIN & KEPIMPINAN WARGA KUIS

Pengenalan 5s di KUIS

5S di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah dilancarkan pada 6 Mei 2008 bagi menjadikan KUIS sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang mempunyai sistem pengurusan kualiti yang kukuh selain mendapat persijilan kualiti MS ISO 9001:2000 yang telah dimiliki pada tahun 2003.