5S di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah dilancarkan pada 6 Mei 2008 bagi menjadikan KUIS sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang mempunyai sistem pengurusan kualiti yang kukuh selain mendapat persijilan kualiti MS ISO 9001:2000 yang telah dimiliki pada tahun 2003.


Tuesday, March 9, 2010

Taklimat Lawatan 5s di MOF









Taklimat lawatan KUIS ke Kementerian Kewangan
telah disampaikan oleh Tuan Hj Abd Wahid Ahmad
selaku Pengerusi Jawatankuasa Promosi 5s. Dalam taklimat tersebut beliau memaklumkan bahawa bahagian Perbendaharaan telah mendapat anugerah persijilan 5s pada 1 Julai 2009. Manakala kerja-kerja ke arah persijilan telah dimulakan pada 18 Mac 2010. Dan pelaksanaan aktiviti 5s secara rasmi adalah pada 21 November 2008.

Antara faktor yang membawa kepada kejayaan 5s ini adalah komitmen yang padu daripada pihak pengurusan itu sendiri. Perbendaharaan mempunyai 87 sub zon dan 13 bahagian & 5 zon. Dengan kakitangan seramai 2,401 orang mampu mencapai persijilan dalam tempoh yang agak singkat.

Dalam penerangannya juga Encik Abd Wahid menjelaskan 5 faktor yang perlu diambil kira sebelum melaksanakan aktiviti 5s ini iaitu:-

1. Saiz Organisasi
2. Persepsi warga kerja tentang 5s
3. Motivasi
4. Kerjasama
5. Peranana Juruaudit Dalaman 5s
6. Pelantikan Jk Penggerak 5s

Cubalah dibayangkan dengan lebih 2,000 staf mampu melaksanakan 5s dengan jayanya, apa lagi kalau nak dibandingkan dengan KUIS yang hanya kecil sahaja saiznya.

Banyak input yang diperolehi daripada taklimat ini.

No comments:

Post a Comment